Saturday 8 December 2012

Isu ~ Teknologi dan plagiarisme dalam kalangan mahasiswa IPT


Teknologi yang semakin pesat merupakan faktor utama berlakunya kegiatan plagiarisme dalam kalangan mahasiswa IPT. Plagiarism mengikut Kamus Dewan adalah “perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri”. Dari segi bidang akademik pula bermaksud “gejala menciplak oleh pelajar, profesor penyelidik dan dianggap sebagai penyelewengan akademik”. Budaya “copy and paste”” merupakan satu jenayah akademik, tetapi rami pelajar tidak menyedari bahawa ia adalah satu kesalahan.

Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah kegiatan plagiarisme ini dari terus berleluasa dalam kalangan pelajar terutamanya mahasiswa IPT, antaranya ialah :
1)      Pihak universiti harus mewujudkan peraturan atau jika sudah ada, haruslah dikuatkuasakan kuasa undang-undang berkenaan budaya plagiarisme dan maklumkan kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga pelajar. Pihak universiti juga perlu pastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang plagiarisme.

2)      Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian.

3)      Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensyarah juga perlu tegas mengambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat sama ada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti.

4)      Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri. Jadikan lah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka.

Tuesday 27 November 2012

Teknologi Dan Inovasi Dalam Sukan Dan Kesihatan

1. Alat Pencari Bakat Sukan




Sekumpulan penyelidik sains sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor berjaya menghasilkan sebuah alat yang dikenali sebagai Alat Pengujian Ketangkasan Puzzle Heksagon. Keistimewaan ciptaan tersebut adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan. Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut.

       Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan. Langkah-langkah penggunaan alat tersebut, pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu. Produk tersebut bakal dijual di pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM400 seunit.

2. Blow Ball

Seiring dengan kejayaan mencipta Pencari Bakat Sukan, kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga berjaya mencipta satu lagi alat yang dipanggil Blow Ball yang berfungsi untuk melatih pernafasan seseorang atlet. Ia bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa. Atlet boleh meningkatkan kapasiti udara yang masuk ke dalam paru-paru selain dapat melancarkan peredaran darah dan menambahkan kecergasan. Blow Ball diperbuat daripada kerangka kayu berbentuk segi empat tepat seperti meja snooker dan mempunyai lapan lubang yang boleh dibuka dan ditutup mengikut permainan yang dipilih. Ia dilengkapi bersama beberapa biji set bola plastik, empat set batang paip dengan pelbagai warna dan saiz panjang.

       Antara permainan yang boleh dimainkan adalah seperti karom, snooker, bola sepak dan pelbagai lagi dan ia dimainkan dengan cara menghembus bola plastik dengan menggunakan batang paip berkenaan. Sebelum memulakan permainan, pemain akan diambil kadar pernafasan dan kadar pernafasan selepas permainan dicatatkan. Dengan ini, perubahan kadar pernafasan dapat diukur. Pada kebiasaan pemain akan menjalankan latihan sebanyak 15 kali dalam satu sesi dan dalam seminggu sebanyak tiga sesi dijalankan. Perubahan dapat dilihat selepas atlet menjalani latihan selama empat minggu dan kenaikan sebanyak 3 hingga 5 peratus kadar pernafasan dapat dicapai.

3. Alat Pemeriksaan Mikro Sirkulasi


Alat pemeriksaan mikro sirkulasi merupakan salah satu pengembangan peralatan pengamatan kesihatan moden, kombinasi dari bertahun-tahun penelitian dan pengembangan mikro sirkulasi. Dengan alat pengamatan mikro sirkulasi yang baru, kualiti darah manusia, kecepatan aliran darah, bentuk pembuluh darah, juga pembentukan thrombus , khususnya penggumpalan thrombus mikro sel darah merah dan putih dapat diamati secara langsung dan jelas dengan sangat mudah, yang sangat membantu dalam pengesanan awal adanya hambatan apapun dalam mikro sirkulasi sehingga dapat dilakukan pencegahan yang tepat waktu dan perawatan yang sesuai. 

        Selain itu, alat pemeriksaan mikro sirkulasi dapat dipakai untuk melihat perubahan dalam tahap awal dari suatu penyakit, suatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh alat-alat lainnya. Dalam hal ini inspeksi mikro sirkulasi klinikal memberikan kesempatan yang lebih baik untuk pengesanan dan pengubatan awal daripada pemeriksaan makrosskopik. Secara bersamaan beberapa orang yang sihat atau mereka yang memiliki kekebalan yang lebih rendah, sangat terdedah oleh hambatan pada mikro sirkulasi, yang menyebabkan aliran darah berhenti, pembuluh arteri yang kotor dan aliran darah yang lambat.



 LLLT @ laser akupunktur adalah sejenis alat untuk kesihatan sejagat yang disyurkan oleh doktor untuk merawat kes-kes kronik seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, strok, jantung, kolestrol, pelancaran peredaran darah, dan lain-lain. Kegunaan laser ini amat mudah . Cara pakai dua kali sehari , satu pagi dan satu petang. Pakai selama 30 minit. Fungsi laser ini ialah membaung toksid dari badan melalui, peluh, air kencing dan berak, biasanya boleh dilihat kesannya selapas satu bulan. Antara penyakit yang sesuai menggunakan alat ini seperti penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.
            Laser terapi ini telah dikaji secara saintifik sebelum dipasar dan digunakan. Malah laser ini telah digunakan oleh negara-negara barat sejak tahun 1960 dan amat berkesan untuk merawat kes-kes yang disebutkan. Terdapat 2,500 laporan penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dicetak dan 90% daripada kajian ini adalah hasil kajian klinikal yang berkesan dan telah diguna pakai diseluruh dunia. Kajian keatas tikus yang mengalami ketumbuhan ( tumor) didapati ketumbuhan hilang (completely disappear) setelah menjalani terapi ini secara sistematik. Laser ini boleh dipakai dan boleh digunakan bersama ubat-ubat lain seperti ubat hospital, ubat homeopati, ubat herba atau makanan kesihatan lainnya. Rawatan ini tidak menyakitkan, dan tidak merasa apa-apa, ianya diletakkan dihujung hidung yang terdapat banyak saraf dan salah satu titik akupunktur yang bagus untuk meningkatkan imun sistem. Alat ini boleh didapati di KL, Bangi, Damansara Utama, Shah Alam atau Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. Sila dial no. 03 4042 2020 atau 019 9401915.

5. Penapis Air Coway


 Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989 khususnya untuk membuat kajian dan membangunkan
produk-produk mesra alam terutamanya untuk mendapatkan air dan udara yang bersih. Hasilnya, pada hari ini Coway telah menjadi peneraju utama bagi pasaran, kepuasan pelanggan dan jenama yang dikenali khususnya pada produk Penapis Air dan Penapis Udara. Mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Menggunakan tagline 'We Bring Wellness', Coway menitikberatkan soal kesihatan diri dan alam sekitar, membawa masuk produk-produk 100% mesra alam. Sehingga kini, terdapat 100,000 pengguna dan semakin meningkat.

            Produk ini digunakan untuk mencegah diri, anak-anak, dan keluarga daripada meminum air yang mengandungi bahan-bahan yang merbahaya seperti klorin, habuk, karat, virus, bakteria dan sebatian kima yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Terdapat beberapa keistimewaan produk penapis air coway termasuklah design yang menarik dan berkualiti tinggi, mempunyai pusat R&D di Seoul National University untuk kajian berterusan dan ujian keupayaan produk, mempunyai sijil HALAL dan SIRIM, mempunyai 3 suhu iaitu panas, suhu dan sejuk serta tapisan reverse osmosis (RO) sehalus 0.0001 micron melalui 6 filter. Harga bagi produk ini ialah Rm 3400.

6. ACULIFE

Aculife Tiens merupakan hasil gabungan pengetahuan akupunktur tradisional Cina dengan sains perubatan keimunan moden. Dengan merangsang titik perangsang pada bahagian tapak tangan dan telinga dengan gelombang ultra panjang, produk ini berkeupaya memperbaiki peredaran mikro, mempertingkatkan metabolisma dan keimunan terhadap pelbagai penyakit moden. Ianya juga mempunyai kesan pengurutan haba sederhana yang dapat membantu menghilangkan keletihan dan memperbaiki peredaran darah. Antara keistimewaan produk ini ialah penyelarasan Dwicara, di mana rawatan perangsang tapak tangan dan bahagian telinga boleh dilakukan serentak dan berasingan. Selain itu, ia mudah dan selamat digunakan untuk seisi keluarga serta ringan dan senang dibawa ke mana juga pada bila-bila masa. Paparan LCD menunjukkan kekuatan gelombang magnetik dan tempoh masa dan mudah melaras butang kekuatan dan masa mengikut kesukaan peribadi.

            Terdapat beberapa fungsi produk ini termasuklah membantu anda mengenalpasti lokasi titik perangsang yang betul dengan mudah. Memperbaiki peredaran darah di mana gelombang magnetik merangsang titik perangsang untuk memperbaiki peredaran darah dimana kesannya sama seperti akupunktur tradisional. Gelombang magnetik menyeimbangkan peredaran bendalir badan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit. Ianya amat berkesan dalam mempertingkatkan keimunan untuk mencegah penyakit.

7. Quantum Magnetic Resonance Analyzer (Alat mengesan penyakit)

     Teknologi dari Russia. Teori kuantum ialah satu teori fizik yang membincangkan perihal bahan diperingkat    atom dan sub-atom. Teori ini merupakan cabang utama fizik zaman moden dan berupaya untuk memberikan  kiraan yang tepat bagi ciri-ciri fizikal atom, molekul, jasad pejal bahkan sistem biologi. Mesin ini menggunakan frekuensi magnetik rendah dan mengumpulkan energi dari tubuh manusia melalui sensor alat rod pemegang. Produk ini berfungsi dalam mengesan penyakit sebanyak 30 element dalam tubuh dengan mudah dan terperinci. Selain itu, ia juga mampu mengenalpasti segala masalah dalam tubuh dalam masa hanya 1 minit. Produk ini amat sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan berkonsepkan kesihatan / nutrition / supplement. Harga pasaran di Malaysia ialah sekitar RM 1500.00 hingga RM 1900.00.
      

       8. Professional Quantum Touch

       

     Professional quantum touch ialah satu instrumen baru yang diwujudkan  untuk menganalisa gejala-gejala kelemahan sistem tubuh badan manusia. Frekuensi magnetik yang lemah dalam tubuh manusia dapat dikesan dengan hanya memegang sensor dan alat mikro pemprosesan yang terbina di dalam sensor akan mengumpulkan data dan membuat perbandingan dengan data quantum yang standa
rd. Analisis dan kesimpulan tahap kesihatan boleh dilakukan dan masalah utama tubuh badan manusia boleh diuji berdasarkan hasil analisis bentuk gelombang elektromagnet, serta Penganalisa atau Pemeriksa boleh mencadangkan cara-cara yang selamat dan bersesuaian dalam penjagaan kesihatan.
            Kaedah bentuk analisis ini merupakan satu teknologi baru yang pesat dan tepat serta merupakan kaedah ujian yang tidak invasif. Ia juga sangat berkesan dan sesuai dalam membuat perbandingan analisa kesan-kesan pengambilan ubatan dan produk kesihatan. Terdapat lebih daripada 30 perkara analisis utama termasuk kardiovaskular dan serebrovaskular, ketumpatan mineral tulang, unsur surih, plumbum dalam darah, rheumatism, paru-paru dan saluran pernafasan, gula dalam darah, perut dan usus, hati dan hempedu, saraf-saraf kranium, ginekolgi, prostat, penyakit tulang, dan lain-lain.
      

      9. Telefon Pintar Kesan Penyakit

      
    Telefon pintar tidak hanya berfungsi sebagai alat penghubung selepas sekumpulan saintis Korea menambah fungsinya untuk mengesan penyakit. Ketua kumpulan penyelidik di Institut Sains dan Teknologi Maju Korea, Profesor Park Hyun Gyu telah berjaya mencipta aplikasi telefon bimbit yang mampu untuk mengesan pelbagai penyakit seperti barah dan kencing manis. Teknologi tersebut dibangunkan berdasarkan keupayaan sensitiviti skrin sesentuh untuk mengesan isyarat yang dihantar menerusi sentuhan jari. Eksperimen yang dijalankan di makmal menunjukkan titisan darah atau air liur yang diletakkan pada skrin sesentuh telefon pintar mampu memberi keputusan segera mengenai tahap kesihatan pengguna.
  

      10. Alat Mengesan Denggi

       Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, tampil dengan dua model mendiagnosis demam denggi yang lebih cepat dan efektif. Satu daripada model tersebut dibangunkan menggunakan alat yang diberi nama bio-impedans yang boleh mengukur komposisi badan seseorang tanpa menggunakan sampel darah. Alat ciptaan ini boleh mengesan bacaan hemoglobin tidak normal yang biasa dikesan pada pesakit demam denggi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu doktor mengenal pasti sama ada pesakit itu menghidap demam denggi ataupun tidak tanpa menceroboh tubuh pesakit dengan mengambil darah dalam jumlah yang banyak.
            Dengan ketepatan analisis sebanyak 87 peratus, model pengesanan denggi ini sangat efektif dalam membantu para doktor memantau pesakit denggi sekali gus mengurangkan risiko kritikal dalam kalangan pesakit. Selain itu, beliau turut mereka cipta satu platform yang dapat mengesan kehadiran virus denggi berdasarkan kaedah serologi ELISA yang mana dapat mengasingkan virus dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat yang dilengkapi dengan teknologi pengesan nano. Kaedah pengesanan ini memerlukan sampel darah pesakit diambil, tetapi jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding kaedah serologi konvensional. Darah hanya diambil di hujung jari, sama seperti ujian saringan diabetes. Darah pesakit kemudian dititiskan di atas cakera padat yang mempunyai beberapa saluran lain yang sudah dimasukkan dengan cairan tertentu yang dapat menenal pasti dan mengasingkan virus dalam masa cukup singkat. Dengan menggunakan kaedah ini, hanya 30 minit diperlukan untuk mendapat keputusan yang 95 peratus tepat. Sekiranya sampel darah yang sama diuji menggunakan kaedah ELISA, ia boleh mengambil masa sehingga seminggu.
            Projek perintis yang dijalankan di bawah Skim Geran Penyelidikan Berimpak Tinggi daripada Kementerian Pengajian Tinggi ini merupakan hasil daripada perpindahan teknologi antara UM dengan Universiti Irvine California, Amerika Syarikat. Kaedah pengesanan menggunakan cakera padat ini jauh lebih murah dan cepat berbanding kaedah konvensional yang dipraktikkan sekarang. Berbanding dengan kelengkapan makmal yang mahal dan ruang lebih besar, pengesanan virus menggunakan teknologi nano ini hanya memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan ia boleh dipindahkan ke mana-mana. Dengan kos pengeluaran alat pemain cakera untuk menganalis darah yang kurang daripada RM1,000, ciptaan ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia bagi sektor penyakit denggi. Kegunaannya bukan sahaja dapat mengesan virus denggi, malah sebanyak 10 ujian penyakit berbeza boleh dilakukan menggunakan cakera padat ini.
  






Biodata Diri..



Nama         :  Nur Idad Binti Abdul Hamid

No Matrik : A132773


Program     : Pembangunan Manusia


Tahun Pengajian : 3

Semester     : 1

Tutorial      : Selasa 8-10 malam (Makmal 3)

Email          : nuridad90@gmail.com

Facebook   : www.facebook.com/arsidad

No. Tel       : 0198106251


Alamat Kolej    : Bilik 105B1, Blok K06Q, Kolej Aminuddin Baki, 43600, UKM, Bangi, Selangor    
Darul Ehsan

Alamat Rumah :Kg Bubul Lama, Jln Hj Jaafar, 91308, Semporna, Sabah.