Teknologi
yang semakin pesat merupakan faktor utama berlakunya kegiatan plagiarisme dalam
kalangan mahasiswa IPT. Plagiarism mengikut Kamus Dewan adalah “perbuatan
meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi
mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri”. Dari segi bidang akademik
pula bermaksud “gejala menciplak oleh pelajar, profesor penyelidik dan dianggap
sebagai penyelewengan akademik”. Budaya “copy and paste”” merupakan satu
jenayah akademik, tetapi rami pelajar tidak menyedari bahawa ia adalah satu
kesalahan.
Gejala
plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah
konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula
atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan,
idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang
diamalkan. Antaranya penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan
atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha
yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut.
Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan
yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui internet pada
masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya
dengan jalan pintas yang cepat.
Terdapat
beberapa langkah untuk mencegah kegiatan plagiarisme ini dari terus berleluasa
dalam kalangan pelajar terutamanya mahasiswa IPT, antaranya ialah :
1) Pihak
universiti harus mewujudkan peraturan atau jika sudah ada, haruslah
dikuatkuasakan kuasa undang-undang berkenaan budaya plagiarisme dan maklumkan
kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga pelajar. Pihak
universiti juga perlu pastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap
fakulti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau
bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang
plagiarisme.
2) Pihak
pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang
dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan
pelajar. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti
di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme
dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya, perisian-perisian komputer
seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup komprehensif dan
efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan akademik
secara atas talian.
3) Para
pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para
pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan
mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensyarah juga perlu tegas mengambil
tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara
plagiat sama ada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau
melaporkannya kepada pihak universiti.
4) Pelajar
pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik atau
tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai
buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan
disiplin penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan
akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap
kebolehan akademik mereka sendiri. Jadikan lah penulisan akademik sebagai
sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka.
saya amat tertarik dengan isu ini. ramai yang melakukan plagiarisme sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan menganggap bahawa kerja ini dapat mengurangkan beban mereka. saya juga ingin memberi cadangan bagi mengatasi gejala ini dengan "disable right click" pada sesuatu web atau blog yang dibuat dan orang lain tak boleh nak copy. satu lagi jangan letak esei yang lengkap, biar orang tak boleh copy bulat-bulat..tq..
ReplyDeleteNor Ziana Abu Hassan (A133008)
ReplyDeleteplagarism dalam kalangan mahasiswa perlulah dibendung bagi melahirkan modal insan yang berkualiti..
Nor Farhana Binti Idris - A132948
ReplyDeleteSetuju..semua golongan haruslah bekerjasama dalam menangani isu plagiarism ini..
Nurul Faizah Mustaffa (A133025)
ReplyDeleteBetul..kegiatan "copy paste" dalam kalangan sesetengah mahasiswa sebenarnya telah mencalar kewibaan dan kualiti mahasiswa yang dikatakan golongan cerdik pandai ini..oleh itu,pihak universiti seharusnya lebih bersikap tegas dengan setiap pelajar terutamanya dalam menyiapkan tugasan mereka dan mengenalpasti setiap rujukan yang mereka gunakan..
Nurul Nasyatul Husna - A132119
ReplyDeletesaya pun tertarik dengan artikel ini. Benda ni memang terjadi kepada semua pelajar, mereka mengambil jalan yang mudah seperti mencari artikel,jurnal, penulisan dan lain-lain di internet untuk dijadikan bahan rujukan mereka. Sebenarnya ia tidak salah sekiranya mereka menyatakan sumber rujukan tersebut..tq
Rosnani Muhtar (A132918)
ReplyDeleteSaya setuju dengan pernyataan husna di atas, memang tidak salah sekiranya pelajar menyatakan sumber rujukan tersebut.Namun, apa yang menjadi kesalahan apabila mereka menggunakan sesetengah penulisan tapi mereka anggap seperti idea mereka sendiri.