1. Alat Pencari Bakat Sukan
Sekumpulan penyelidik
sains sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor berjaya
menghasilkan sebuah alat yang dikenali sebagai Alat Pengujian Ketangkasan
Puzzle Heksagon. Keistimewaan ciptaan tersebut adalah berkemampuan mengukur
tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai
disertai individu berkenaan. Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton,
skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan
atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang
diperoleh daripada mesin tersebut.
Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak
dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu
mahupun atlet sukan. Langkah-langkah penggunaan alat tersebut, pertamanya,
pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian
sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan
sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama
alat itu akan mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada
mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang
sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu. Produk tersebut bakal dijual di
pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM400 seunit.
2. Blow Ball
Seiring dengan kejayaan
mencipta Pencari Bakat Sukan, kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga
berjaya mencipta satu lagi alat yang dipanggil Blow Ball yang berfungsi untuk
melatih pernafasan seseorang atlet. Ia bertindak sebagai alat latihan sampingan
sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani
latihan seperti biasa. Atlet boleh meningkatkan kapasiti udara yang masuk ke
dalam paru-paru selain dapat melancarkan peredaran darah dan menambahkan
kecergasan. Blow Ball diperbuat daripada kerangka kayu berbentuk segi empat
tepat seperti meja snooker dan mempunyai lapan lubang yang boleh dibuka dan
ditutup mengikut permainan yang dipilih. Ia dilengkapi bersama beberapa biji
set bola plastik, empat set batang paip dengan pelbagai warna dan saiz panjang.
Antara permainan yang boleh dimainkan adalah seperti karom,
snooker, bola sepak dan pelbagai lagi dan ia dimainkan dengan cara menghembus
bola plastik dengan menggunakan batang paip berkenaan. Sebelum memulakan
permainan, pemain akan diambil kadar pernafasan dan kadar pernafasan selepas
permainan dicatatkan. Dengan ini, perubahan kadar pernafasan dapat diukur. Pada
kebiasaan pemain akan menjalankan latihan sebanyak 15 kali dalam satu sesi dan
dalam seminggu sebanyak tiga sesi dijalankan. Perubahan dapat dilihat selepas
atlet menjalani latihan selama empat minggu dan kenaikan sebanyak 3 hingga 5
peratus kadar pernafasan dapat dicapai.
3. Alat Pemeriksaan Mikro Sirkulasi
Alat pemeriksaan mikro sirkulasi merupakan salah
satu pengembangan peralatan pengamatan kesihatan moden, kombinasi dari
bertahun-tahun penelitian dan pengembangan mikro sirkulasi. Dengan alat
pengamatan mikro sirkulasi yang baru, kualiti darah manusia, kecepatan aliran
darah, bentuk pembuluh darah, juga pembentukan thrombus , khususnya
penggumpalan thrombus mikro sel darah merah dan putih dapat diamati secara
langsung dan jelas dengan sangat mudah, yang sangat membantu dalam pengesanan
awal adanya hambatan apapun dalam mikro sirkulasi sehingga dapat dilakukan
pencegahan yang tepat waktu dan perawatan yang sesuai.
Selain itu, alat
pemeriksaan mikro sirkulasi dapat dipakai untuk melihat perubahan dalam tahap
awal dari suatu penyakit, suatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh
alat-alat lainnya. Dalam hal ini inspeksi mikro sirkulasi klinikal memberikan
kesempatan yang lebih baik untuk pengesanan dan pengubatan awal daripada
pemeriksaan makrosskopik. Secara bersamaan beberapa orang yang sihat atau mereka
yang memiliki kekebalan yang lebih rendah, sangat terdedah oleh hambatan pada
mikro sirkulasi, yang menyebabkan aliran darah berhenti, pembuluh arteri yang
kotor dan aliran darah yang lambat.
LLLT
@ laser akupunktur adalah sejenis alat untuk kesihatan sejagat yang disyurkan
oleh doktor untuk merawat kes-kes kronik seperti buah pinggang, tekanan darah
tinggi, kencing manis, strok, jantung, kolestrol, pelancaran peredaran darah,
dan lain-lain. Kegunaan laser ini amat mudah . Cara pakai dua kali sehari ,
satu pagi dan satu petang. Pakai selama 30 minit. Fungsi laser ini ialah
membaung toksid dari badan melalui, peluh, air kencing dan berak, biasanya
boleh dilihat kesannya selapas satu bulan. Antara penyakit yang sesuai
menggunakan alat ini seperti penyakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis
dan lain-lain penyakit kronik.
Laser terapi ini telah dikaji secara
saintifik sebelum dipasar dan digunakan. Malah laser ini telah digunakan oleh
negara-negara barat sejak tahun 1960 dan amat berkesan untuk merawat kes-kes
yang disebutkan. Terdapat 2,500 laporan penyelidikan dan kajian saintifik yang
telah dicetak dan 90% daripada kajian ini adalah hasil kajian klinikal yang
berkesan dan telah diguna pakai diseluruh dunia. Kajian keatas tikus yang
mengalami ketumbuhan ( tumor)
didapati ketumbuhan hilang (completely
disappear) setelah menjalani terapi ini secara sistematik. Laser ini boleh
dipakai dan boleh digunakan bersama ubat-ubat lain seperti ubat hospital, ubat
homeopati, ubat herba atau makanan kesihatan lainnya. Rawatan ini tidak
menyakitkan, dan tidak merasa apa-apa, ianya diletakkan dihujung hidung yang
terdapat banyak saraf dan salah satu titik akupunktur yang bagus untuk
meningkatkan imun sistem. Alat ini boleh didapati di KL, Bangi, Damansara
Utama, Shah Alam atau Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. Sila dial no. 03 4042
2020 atau 019 9401915.
5. Penapis Air Coway
Ditubuhkan di Korea
pada tahun 1989 khususnya untuk membuat kajian dan membangunkan
produk-produk mesra
alam terutamanya untuk mendapatkan air dan udara yang bersih. Hasilnya, pada
hari ini Coway telah menjadi peneraju utama bagi pasaran, kepuasan pelanggan
dan jenama yang dikenali khususnya pada produk Penapis Air dan Penapis Udara. Mula
memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Menggunakan tagline 'We Bring
Wellness', Coway menitikberatkan soal kesihatan diri dan alam sekitar, membawa
masuk produk-produk 100% mesra alam. Sehingga kini, terdapat 100,000 pengguna
dan semakin meningkat.
Produk ini digunakan untuk mencegah
diri, anak-anak, dan keluarga daripada meminum air yang mengandungi bahan-bahan
yang merbahaya seperti klorin, habuk, karat, virus, bakteria dan sebatian kima
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Terdapat beberapa keistimewaan produk
penapis air coway termasuklah design yang menarik dan
berkualiti tinggi, mempunyai pusat R&D di Seoul National University untuk
kajian berterusan dan ujian keupayaan produk, mempunyai sijil HALAL dan SIRIM,
mempunyai 3 suhu iaitu panas, suhu dan sejuk serta tapisan reverse osmosis (RO) sehalus 0.0001 micron melalui 6 filter. Harga
bagi produk ini ialah Rm 3400.
6. ACULIFE
Aculife Tiens merupakan
hasil gabungan pengetahuan akupunktur tradisional Cina dengan sains perubatan
keimunan moden. Dengan merangsang titik perangsang pada bahagian tapak tangan
dan telinga dengan gelombang ultra panjang, produk ini berkeupaya memperbaiki
peredaran mikro, mempertingkatkan metabolisma dan keimunan terhadap pelbagai
penyakit moden. Ianya juga mempunyai kesan pengurutan haba sederhana yang dapat
membantu menghilangkan keletihan dan memperbaiki peredaran darah. Antara
keistimewaan produk ini ialah penyelarasan Dwicara, di mana rawatan perangsang
tapak tangan dan bahagian telinga boleh dilakukan serentak dan berasingan.
Selain itu, ia mudah dan selamat digunakan untuk seisi keluarga serta ringan
dan senang dibawa ke mana juga pada bila-bila masa. Paparan LCD menunjukkan
kekuatan gelombang magnetik dan tempoh masa dan mudah melaras butang kekuatan
dan masa mengikut kesukaan peribadi.
Terdapat beberapa fungsi produk ini termasuklah membantu
anda mengenalpasti lokasi titik perangsang yang betul dengan mudah. Memperbaiki
peredaran darah di mana gelombang magnetik merangsang titik perangsang untuk
memperbaiki peredaran darah dimana kesannya sama seperti akupunktur
tradisional. Gelombang magnetik menyeimbangkan peredaran bendalir badan dan
meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit. Ianya amat berkesan dalam
mempertingkatkan keimunan untuk mencegah penyakit.
7. Quantum
Magnetic Resonance Analyzer (Alat mengesan penyakit)
Teknologi dari Russia. Teori
kuantum ialah satu teori fizik yang membincangkan perihal bahan diperingkat atom dan sub-atom. Teori ini merupakan cabang utama fizik zaman moden dan
berupaya untuk memberikan kiraan yang tepat bagi ciri-ciri fizikal atom,
molekul, jasad pejal bahkan sistem biologi. Mesin ini menggunakan frekuensi
magnetik rendah dan mengumpulkan energi dari tubuh manusia melalui sensor alat
rod pemegang. Produk ini berfungsi dalam mengesan penyakit sebanyak 30 element
dalam tubuh dengan mudah dan terperinci. Selain itu, ia juga mampu
mengenalpasti segala masalah dalam tubuh dalam masa hanya 1 minit. Produk ini
amat sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan berkonsepkan kesihatan /
nutrition / supplement. Harga pasaran di Malaysia ialah sekitar RM 1500.00
hingga RM 1900.00.
8. Professional Quantum Touch
Professional quantum
touch ialah satu instrumen baru yang
diwujudkan untuk menganalisa
gejala-gejala kelemahan sistem tubuh badan manusia. Frekuensi magnetik yang
lemah dalam tubuh manusia dapat dikesan dengan hanya memegang sensor dan alat mikro
pemprosesan yang terbina di dalam sensor akan mengumpulkan data dan membuat
perbandingan dengan data quantum yang standa
rd. Analisis dan kesimpulan tahap kesihatan boleh
dilakukan dan masalah utama tubuh badan manusia boleh diuji berdasarkan hasil
analisis bentuk gelombang elektromagnet, serta Penganalisa atau Pemeriksa boleh
mencadangkan cara-cara yang selamat dan bersesuaian dalam penjagaan kesihatan.
Kaedah bentuk analisis ini merupakan
satu teknologi baru yang pesat dan tepat serta merupakan kaedah ujian yang
tidak invasif. Ia juga sangat berkesan dan sesuai dalam membuat perbandingan
analisa kesan-kesan pengambilan ubatan dan produk kesihatan. Terdapat lebih
daripada 30 perkara analisis utama termasuk kardiovaskular dan serebrovaskular,
ketumpatan mineral tulang, unsur surih, plumbum dalam darah, rheumatism,
paru-paru dan saluran pernafasan, gula dalam darah, perut dan usus, hati dan
hempedu, saraf-saraf kranium, ginekolgi, prostat, penyakit tulang, dan
lain-lain.
9. Telefon Pintar Kesan Penyakit
10. Alat Mengesan Denggi
Pengarah
Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal
(MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti
Malaya (UM), Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, tampil dengan dua model
mendiagnosis demam denggi yang lebih cepat dan efektif. Satu daripada model tersebut
dibangunkan menggunakan alat yang diberi nama bio-impedans yang boleh mengukur
komposisi badan seseorang tanpa menggunakan sampel darah. Alat ciptaan ini
boleh mengesan bacaan hemoglobin tidak normal yang biasa dikesan pada pesakit
demam denggi. Secara tidak langsung, ia dapat membantu doktor mengenal pasti
sama ada pesakit itu menghidap demam denggi ataupun tidak tanpa menceroboh
tubuh pesakit dengan mengambil darah dalam jumlah yang banyak.
Dengan ketepatan analisis sebanyak
87 peratus, model pengesanan denggi ini sangat efektif dalam membantu para
doktor memantau pesakit denggi sekali gus mengurangkan risiko kritikal dalam
kalangan pesakit. Selain itu, beliau turut mereka cipta satu platform yang
dapat mengesan kehadiran virus denggi berdasarkan kaedah serologi ELISA yang
mana dapat mengasingkan virus dengan hanya menggunakan sekeping cakera padat
yang dilengkapi dengan teknologi pengesan nano. Kaedah pengesanan ini
memerlukan sampel darah pesakit diambil, tetapi jumlahnya jauh lebih sedikit
berbanding kaedah serologi konvensional. Darah hanya diambil di hujung jari,
sama seperti ujian saringan diabetes. Darah pesakit kemudian dititiskan di atas
cakera padat yang mempunyai beberapa saluran lain yang sudah dimasukkan dengan
cairan tertentu yang dapat menenal pasti dan mengasingkan virus dalam masa
cukup singkat. Dengan menggunakan kaedah ini, hanya 30 minit diperlukan untuk
mendapat keputusan yang 95 peratus tepat. Sekiranya sampel darah yang sama
diuji menggunakan kaedah ELISA, ia boleh mengambil masa sehingga seminggu.
Projek perintis yang dijalankan di
bawah Skim Geran Penyelidikan Berimpak Tinggi daripada Kementerian Pengajian
Tinggi ini merupakan hasil daripada perpindahan teknologi antara UM dengan
Universiti Irvine California, Amerika Syarikat. Kaedah pengesanan menggunakan
cakera padat ini jauh lebih murah dan cepat berbanding kaedah konvensional yang
dipraktikkan sekarang. Berbanding dengan kelengkapan makmal yang mahal dan
ruang lebih besar, pengesanan virus menggunakan teknologi nano ini hanya
memerlukan pemain cakera khas yang kecil dan ia boleh dipindahkan ke mana-mana.
Dengan kos pengeluaran alat pemain cakera untuk menganalis darah yang kurang
daripada RM1,000, ciptaan ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di dunia
bagi sektor penyakit denggi. Kegunaannya bukan sahaja dapat mengesan virus
denggi, malah sebanyak 10 ujian penyakit berbeza boleh dilakukan menggunakan
cakera padat ini.
No comments:
Post a Comment